Selasa, 4 Oktober 2011

Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dalam Gagasan Satu Malaysia


Bahasa Melayu Sebagai Bahasa Kebangsaan Dalam Gagasan Satu Malaysia

              Kemerdekaan negara kita pada tahun 1957 memberi erti yang sebenar terhadap taraf bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan. Bahasa Melayu telah diisytiharkan sebagai bahasa kebangsaan seperti yang termaktub dalam Perlembagaan Malaysia artikel 152. Kamus Dewan mendefinisikan bahasa kebangsaan merupakan bahasa yang diterima oleh ramai penduduk dalam sesebuah negara yang mempunyai beberapa bahasa yang berbeza.
            Bahasa kebangsaan adalah bahasa bagi sesuatu bangsa dan negara. Ssebuah negara bangsa yakni satu bangsa untuk satu negara tidak wujud tanpa sebuah bangsa negaranya. Gagasan satu Malaysia itu antara lainnya diikat oleh kesatuan nilai, pandangan dan perasaan yang diperturunkan melalui bahasa kebangsaan. Jadi, kita perlu membangun kekuatan psikologi bangsa dengan kecintaan dan semangat patriotism melalui bahasa kebangsaan.
             Bahasa kebangsaan adalah bahasa kepunyaan bersama. Sinergi antara kerajaan dengan swasta dan antara institusi perlu diwujudkan. Institusi-institusi kerajaan patut memainkan peranan yang lebih utama, menjadi teladan penggunaan bahasa kebangsaan yang baik dan betul. Ada ratusan institusi dengan pelbagai peranan masing-masing dari institusi bahasa, pengajian tinggi, agama, institusi sosial dan sebagainya. Kesemuanya mesti memainkan peranan memajukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Apakah kedudukan begini boleh dicapai oleh bahasa Melayu memandangkan cabaran yang sengit sedang mengancam keberlangsungan statusnya sebagai bahasa kebangsaan di Malaysia kini? Penyampaian dan pemahaman ilmu pengetahuan, sains, teknologi dan kepakaran serta kemahiran dengan cara yang paling berkesan adalah dengan perantaraan Bahasa Melayu di kalangan rakyat Malaysia. Ini telah berlaku di negara-negara Eropah, Jepun, Korea, Taiwan dan Republik Rakyat China. Negara-negara tersebut telah menggunakan bahasa kebangsaan untuk menyampaikan segala ilmu pengetahuan kepada rakyat jelata mereka.
          Bahasa kebangsaan merupakan jati diri bangsa yang perlu diperjuangkan terus menerus. Oleh yang demikian,  tulang belakang bagi pembangunan sumber daya tenaga manusia seluruh rakyat sesebuah negara ialah bahasa kebangsaan bagi Malaysia. Dengan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, seluruh rakyat Malaysia dapat dibangunkan dan kemajuan negara secara menyeluruh akan dicapai. Ia juga selari dengan konsep Satu Malaysia yang mempromosikan perpaduan - Satu Negara, Satu Bangsa, Satu Suara yang diabadikan dalam gagasan Satu Malaysia. 
           Pensyarah dalam bidang perubatan Dr K. Ling berpendapat begitu:
"Saya telah merawat ramai pesakit daripada pelbagai golongan etnik dan yang datang dari jauh seperti dari Sabah dan Sarawak. Bila saya bertanya dan bercakap dalam Bahasa Inggeris, tak ramai yang faham. Dalam banyak kes, komunikasi cara sebegini adalah sukar dan tidak lancar.

"Berkomunikasi dalam Bahasa Malaysia lebih senang. Adalah baik jika kita menggunakan Bahasa Malaysia kerana ia membolehkan semua kaum
 berinteraksi antara satu sama lain. Bahasa Malaysia ialah bahasa untuk semua.”
            Jelaslah bahawa Malaysia yang mempunyai pelbagai etnik serta menuturkan bahasa-bahasa yang berlainan maka memerlukan satu bahasa, iaitu Bahasa Melayu sebagai bahasa kabangsaan. Justeru itu, kerajaan telah manjalankan pelbagai cara untuk mengembangkan pemakaian bahasa Melayu Dalam masa yang agak singkat, Bahasa Melayu telah nampak memacarkan cahayanya ke seluruh negara.     
             Kesimpulannya, bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara bererti bahasa untuk memajukan rakyat dan negara Malaysia. Dalam proses ini kepentingan negara seharusnya mengatasi kepentingan etnik dan kaum. Setakat hari ini, nampaknya hanya bahasa Melayu sahajalah yang dapat merentas segala sempadan budaya dan bahasa-bahasa etnik yang lain untuk digunakan sebagai alat kemajuan dan perpaduan antara etnik di negara ini. Inilah sebenarnya nilai dan potensi bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan negara.

Tugasan 1

Tugasan 1A: Perbincangan Forum (10%) - Forum MyGuru                                                           Tarikh akhir: 03 Oktober 2011 (Isnin)Secara individu, pelajar dikehendaki terlibat dalam perbincangan forum yang diaktifkan oleh pensyarah e-learning masing-masing. Markah berjumlah 10% akan diberikan berdasarkan kekerapan dan kupasan positif pelajar terhadap perbincangan yang diberikan. 


Tugasan 1B: Esei (20%) – Penghantaran melalui GMail                                                                       Tarikh akhir: 07 November 2011 (Isnin)
Secara individu, pelajar dikehendaki menulis esei berdasarkan persoalan berikut. Esei yang telah sempurna hendaklah diemelkan kepada pensyarah masing-masing menggunakan alamat emel yang diberikan berdasarkan kumpulan anda. Esei perlu ditulis antara 4 hingga 5 muka surat sahaja dalam format *.pdf, *.doc atau mana-mana format yang bersesuaian. Sila gunakan gaya penulisan APA (http://www.apastyle.org/index.aspx). Pemarkahan bagi tugasan ini adalah berdasarkan kandunganserta kupasan esei yang ditulis.
Teknologi komputer dikatakan dapat membantu proses pengajaran dan pembelajaran di bilik darjah. Sebagai seorang guru di sekolah rendah, jelaskan isu berikut:1.      Kenalpasti masalah pengajaran di bilik darjah.2.     Kaitkan bagaimana teknologi komputer dapat membantu anda menyelesaikan masalah dalam (1).  Panduan:Anda boleh menggunakan Analisis SWOT (Strengths, Weaknesses, Threats, Opportunities) untuk membantu jawapan anda..


Tugasan 1C: Pembangunan Blog (30%) – Blogger (link blog diletakkan di MyGuru                      Tarikh akhir: 12 Disember 2011 (Isnin)Secara individu, pelajar dikehendaki membina blog P&P bagi satu topik pengajaran yang dipilih berdasarkan sukatan mata pelajaran dari Kementerian Pelajaran Malaysia. Pelajar diwajibkan menggunakan platform Blogger (Blogger). Pelajar dibenarkan memilih sendiri mata pelajaran yang dikuasai mereka. Bagi penilaian pembangunan blog berjumlah 20%, pelajar dikehendaki memasukkan pautan blog ke dalam forum yang akan disediakan khusus untuk tugasan ini. Pastikan nama, nombor matrik dan topik masing-masing diletakkan di muka hadapan blog. Markah bonus akan diberikan sekiranya pelajar berjaya mengintegrasikan aplikasi lain ke dalam blog mereka seperti YouTube, FaceBook, Scribd, Prenzi dan sebagainya. Markah bagi tugasan ini diberikan berdasarkan kandungan (10%) serta senireka persembahan blog: