Isnin, 17 Oktober 2011

Kata Sendi





Kata Sendi



1.         Kata sendi adalah kata yang digunakan untuk menyambungkan frasa nama dengan kata atau frasa-frasa dalam ayat.


2.         Yang berikut ini adalah panduan tentang penggunaan kata sendi dalam ayat.


Kata Sendi
Penggunaannya
Ayat Contoh
akan/ kepada/ terhadapuntuk menunjukkan emosi dan sikap1. Adik sayang akan kucing.
2. Ya Allah, kepadaMu, aku berserah.
3. Dia mengambil berat terhadap pelajaran.
bagi/untukuntuk menentukan sesuatu yang dibezakan daripada yang lain
  1. Pen itu dibeli untuk anaknya.
  2. Jamuan itu bagi guru-guru baru.
dariuntuk menunjukkan tempat dan masa
  1. Mereka baru pulang dari Johor.
  2. Dia tidak sedar diri dari pagi tadi.
daripadauntuk orang, perbandingan, asal kejadian, dan menunjukkan keanggotaan1. Pasukan Kedah lebih hebat daripada pasukan Johor.
2. Kuih itu dibuat daripada tepung sagu.
3. Anggota pancaragam itu terdiri daripada muridmurid sekolah.
diuntuk tempatDi dalam dompet itu ada wang.
denganuntuk menyatakan makna bersama-lama, bandingan setara, keterangan cara, dan penggunaan sesuatu sebagai alat1. Mak Jah ke klinik dengan anaknya.
2. Dia dapat melepaskan diri dengan bersusah payah.
3. Adik menulis dengan pensel.
4. Markah saya sama dengan markahnya.
hingga/
sampai
untuk menunjukkan peringkat masa, tempat, dan had tertentu1. Dia bekerja hingga malam.
2. Dia berjalan kaki sampai Ipoh.
keuntuk tempat dan benda konkrit1. Kereta api menuju ke Padang Besar.
2. Cawan itu terhempas ke batu.
kepadauntuk menunjukkan orang atau kata ganti diriKes itu diserahkan kepada pihak polis.
olehuntuk menunjukkan perlakuan pasif yang berawalan di- dan ter-1. Buku itu dibaca oleh Salmi.
2. Bukit yang tinggi itu terdaki olehnya.
padauntuk menunjukkan masa dan tempat, manusia, binatang, benda abstrak, dan benda konkrittertentu1. Kereta api tiba pada pukul lima petang.
2. Novel itu ada pada Rahim.
3. Perkara itu benar pada pandangan saya.
4. Serikaya itu disapukan pada roti.
sejakuntuk menyatakan makna suatu jangka masaDia tidak makan sejak semalam.
seperti/
umpama/bak
untuk menunjukkan persamaan dengan yang lain1. Suasana dalam kelas itu bising seperti keadaan di pasar.
2. Badannya besar umpama ahli gusti.
3. Hidungnya mancung bak seludang.
tentanguntuk menyatakan makna mengenai sesuatuBeliau berucap tentang masalah penagihan dadah.