Selasa, 11 Oktober 2011

Kata Keterangan



Kata Keterangan




 


1. Perkataan yang digunakan untuk menerangkan sesuatu perbuatan.


2. Kata keterangan juga ialah kata yang menerangkan kata kerja dan kata adjektif. Contohnya:


(a)   Adik belum mandi lagi. (Kata keterangan belum menerangkan kata kerja mandi)


(b)  Sayursayuran di kebun itu sangat subur. (Kata keterangan sangat menerangkan kata adjektif subur.)


2.       Kata keterangan terdiri daripada beberapa jenis. Perhatikan jenis-jenis kata keterangan tersebut, penggunaannya, serta ayat contohnya di bawah ini.


Contoh


cara / gayabegitu, begini, demikian, perlahan, cepat-cepat, lena,1.Berjalanlah dengan perlahan-lahan supaya tidak terjatuh.
2. Munah pergi ke pasar dengan bas.
Masa / waktuakan, sedang, belum, telah, sekarang, sebentar, semalam1.Saya benar-benar terasa lapar sekarang.
2. Dia berehat sebentar sebelum meneruskan perjalanannya.
Nafibukan, tidak, kecuali1. Orang itu tidak tinggal di sini.
2. Anak kecil ini bukan anaknya.
Tanyamengapa, bagaimana, bila1. Mengapakah kamu tidak lulus ujian itu ?
2. Bagaimanakah terjadinya perlanggaran antara kedua-dua kereta itu ?
tidak tentu /ragammungkin, agaknya, barangkali, pasti, tentu1. Kalau Ahmad terus belajar dan berusaha pasti ia akan berjaya.
2. Barangkali dia belum cukup wang untuk membayat hutang.
Darjah / kata penguatamat, sungguh, sangat, terlalu,paling, sekali, terlampau1. Hadiah yang kecil itu amat berharga buat dirinya.
2. Semua peminat sungguh terharu di atas kematian seniman itu.
Aspekbelum, sudah, selalu, kadang-kadang, acapkali, sesekali1. Pembinaan bangunan itu belum dimulakan lagi.
2. Keluarga Halim selalu pulang ke kampung.


Jenis Kata KeteranganPenggunaan dan ContohnyaAyat Contoh
Kata KeteranganCarauntuk menerangkan cara 
Contoh: begini, begitu,betapa, demikian, dan sebagainya
1. Tidak dapat digambarkan betapa gembiranya ibu melihat kejayaan abang.
2. Janganlah bercakap begitu kepada anak-anak.
Kata KeteranganBantuuntuk menerangkan sikap pada sesuatu pelakuan atau perasaan
Contoh: akan, belum, kelak, masih, sedang, sebentar, dan sebagainya
1. Adik belum tidur walau hari sudah larut malam.
2. Abang masih menuntut di Universiti Malaysia Sarawak.
Kata KeteranganMasauntuk menerangkan masa
Contoh: belum, kelak, sekarang, semalam, lusa, kadang-kadang, masih, pernah, sedang, sebentar, sejurus, selalu, seketika sentiasa, sudah, dan sebagainya
1. Saya harus pergi sekarang.
2. Encik Gan akan bertolak esok.
Kata KeteranganTanyauntuk menerangkan cara, keadaan, masa, dan sebab
Contoh: bagaimana, bila, dan sebagainya
1. Bilakah majlis perkahwinan itu akan diadakan?
2. Bagaimanakah cara membuat kuih itu?
3. Mengapakah ayah lambat pulang?
Kata KeteranganDarjahuntuk menerangkan darjah kata adjektif
Contoh: agak, amat, nian, paling, sangat, dan sebagainya
1. Kelakuan budak itu agak ganjil.
2. Sedap betul masakan di restoran itu.
3. Menara Kembar Petronas adalah bangunan yang paling tinggi di Malaysia.
Kata KeteranganNafiuntuk menafikan atau menyangkal
Contoh: bukan, tak, atau tidak
1. Dia bukan orang kampung itu.
2. Teksi itu tidak bergerak sejak semalam.
Kata KeteranganTak Tentuuntuk menerangkan sesuatu yang belumpasti
Contoh: agaknya, barangkali, entah-entah, mungkin, dan sebagainya
1. Hingga kini rombongan itu belum tiba, entah-entah tersesat.
2. Pengemis itu barangkali telah ditangkap oleh pihak Jabatan Kebajikan Masyarakat.
kata KeteranganPenegasuntuk menyatakan penegasan
Contoh: hanya, jua
Dia hanya membeli sebuku roti.
Kata
Keterangan
Kekerapan
untuk menyatakan kekerapanberlakunya peristiwa Contoh: sering, selalu, dan sebagainya
  1. Dia selalu berkunjung ke rumah neneknya.
  2. Kami sentiasa mendoakan kesejahteraan kamu.
Kata KeteranganUmumuntuk menyatakan sesuatu secaraumum Contoh: nyaris, langsungPasu bunga itu nyaris terlepas daripada genggamannya.